Wednesday 17 July 2013

ALLAH SAYANGKAN SAYA

ASSALAMUALAIKUM..

    Petang ni adek tulis blog, untuk kali ini adek nak kongsikan satu perkara yang membuatkan adek selalu kuat iaitu ALLAH sayangkan SAYA. Adek tahu ramai kat luar sana yang kadangkala merasakan dirinya tidak dihargai atau tidak sayangi, tetapi percayalah ALLAH sayangkan kite. Kita tak akan diuji tanpa sebab. Dalam hidup adek, banyak yang adek lalui walapun dalam usia yang muda, adek pun kadangkala terfikir kenapa aku di uji sampai begitu sekali. Adek selalu salahkan orang lain, tetapi adek silap, sebenarnya ALLAH menguji kerana Dia tahu yang kita kuat. Kepada sesiapa yang merasakan begitu sunyi, bersujud dan berzikirlah pada Yang Esa. Dia Maha Mendengar dan Maha Mengasihani etiap hambaNya.
     Alhamdulillah Ya ALLAH atas segala nikmat yang Engkau sentiasa berikan epadaku serta keluargaku. Walaupun apa yang jadi, adek bersyukur. Kepayahan dan dugaan menjadikan kita kuat, menjadikan kita makin berfikir dan berserah kepadaNYa.


    Bulan Ramadhan begini, banyakkan amalan ye sahabat-sahabat. Semoga puasa kite diterima. Insya Allah..


salam sayang
adek pipah



No comments:

Post a Comment