Sunday 7 August 2011

PAHALA BAGI MEREKA YANG SABAR

Ali r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :    "Sabar itu ada tiga"


  1. Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak merasa marah terhadaap musibah yang menimpanya sebaliknya dia menerima dengan baik musibah itu. Maka Allah s.w.t mencatatkan baginya yakni menakdirkan atau menyuruh menulis di Lauh Mahfuz 300 darjat, yakni darjat yang tertinggi di syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperi langit degan bumi
  2. Barang siapa yang bersabar dalam mentaati yakni mengerjkan taat  dan menanggung kesukaran taat itu maka Allah s.w.t akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana antara setiap satu darjat itu seperti permukaan bumi yang atas sehingga kepenghabisan bumi yanag terakhir
  3. Barang siapa yang bersabar dari maksiat, yakni meningglkan kerja-kerja maksiatmaka allah s.w.t akan mencatatkan baginya 900 darjat yang mana setiap satu darjat antara darjat yang lain itu seperti permukaan umi sehingga sampai ke Arsy. Sabar menjauhi segala yang diharamkan itu martabatnya paling tinggi..

Bersabarlah dengan segala ujian yang mendatang, sesugguhnya sabar itu membawa pelbagai keberkatan dn ganjaran yang Allah berikan kepada kita sebagai hambaNya..


Semoga kita tergolong dalam kerahmatan Yang Maha Esa.. Amin...

salam sayang
adek pipah

No comments:

Post a Comment